Kamis, 30 Juni 2011

Filem GERIMIS MENGUNDANG 2012


EXCELLENT PICTURES dengan kerjasama ERAMA.TV membentuk satu sinergi dalam menerbitkan sebuah filem cinta GERIMIS MENGUNDANG yang akan menjalani pengambaran di sekitar Kota Kinabalu dan Jakarta, bermula 28hb Jun 2011 ini.

Filem GERIMIS MENGUNDANG yang diangkat tajuknya dari sebuah lagu versi nyanyian semula yang dinyanyikan oleh DAYANG NURFAIZAH dan HARVEY MALAIHOLLO ini menampilkan barisan pelakon muda berbakat dari Malaysia dan Indonesia.

Filem yang bakal diarahkan oleh pengarah tersohor Malaysia iaitu AHMAD IDHAM AHMAD NADZRI, selain mendapat sokongan kepakaran teknikal dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, menjadikan GERIMIS MENGUNDANG sebuah produksi ‘serumpun’ yang mampu menawan penonton.

Bertempat di Hotel Legend Kuala Lumpur pada 24 Jun 2011 yang lalu, telah berlangsung
Sidang Media dan Majlis Pelancaran filem Gerimis Mengundang. Pada sidang media ini juga telah diperkenalkan pelakon utama yang bakal membintangi filem romantik ini. Pelakon tersebut ialah KAMAL ADLI (Malaysia) dan OLIVIA JENSEN LUBIS daripada Indonesia.

GERIMIS MENGUNDANG, filem yang memaparkan naluri cinta insan ini akan ditayang di pawagam seluruh Malaysia juga Indonesia pada 2012.

para sahabat sekelian, untuk mengikuti perkembangan semasa pembikinan filem ini, serta banyak lagi gambar gambar dan sample tracks, please go to http://www.erama.tv atau http://www.erama.tv/mobiletv/, sekian, wassalam, shukor….

sumber excellentpictures.com.my

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive