Sabtu, 31 Desember 2011

Azam Tahun Baru? Jangan Hangat-Hangat Tahi Ayam Jer!

As Salam semua



Dah jadi resam, bila mula tahun baru masing-masing pasang azam dan impian. Dengan harapan, azam dan impian itu sebagai satu landasan yang memacu hidup kita supaya lebih fokus. Tapi ramai jugak yang semakin lama semakin lupa pada azam dan seterusnya azam dan impian gagal dilaksanakan. Jadi, ini ada beberapa tips dari pakar motivasi terkenal, Dato' Dr. Fadzillah Kamsah tentang tips merealisasikan impian dan azam kita.

1. BINA DIRI
- Persediaan diri ini penting. Kita perlu siapkan diri dari semua aspek. Mental, fizikal dan emosi. Kita sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dan paling penting set kan minda dalam mode positif supaya kita tetap dan fokus pada azam kita. 

2. MATLAMAT JELAS
- Matlamat yang dibina perlulah jelas. Contohnya "Aku nak dapat 4.00 flat semester depan!". Kita perlu spesifik matlamat tu. Bukannya, "Aku nak dapat pointer lebih 3". Matlamat yang spesifik telah terbukti menyebabkan minda dan hormon kita lebih terangsang dan memfokus pada matlamat tersebut seterusnya dapat membina sendiri kekuatan dalaman diri. Matlamat juga perlulah realistik. Supaya kita benar-benar yakin ia boleh dicapai. 

3. GUNA KELEBIHAN SENDIRI
- Setiap manusia ada kelebihannya dan jangan persiakan kelebihan yang Allah bagi. Kelebihan itu boleh menjadi satu momentum untuk diri kita lebih maju dan bergerak ke hadapan mencapai azam. Malahan kelebihan diri akan meyakinkan diri kita dan jangan sekali-kali memandang rendah diri sendiri. 

4. SENTIASA INGATKAN DIRI
- Manusia mudah lalai dan lupa. Jadi, untuk merealisasikan sesuatu azam, kita dinasihatkan untuk sentiasa mengingatkan diri kita tentang matlamat kita itu. Kita boleh gunakan persekitaran kita sebagai 'jam penggera' untuk ingatkan diri kita. Jangan malu dan hebohkan tentang matlamat kita boleh membantu kita lebih fokus dan kuat menghadapi sebarang kemungkinan atau cabaran. 

5. PERCAYA, YAKIN & BERTINDAK
- Kita mesti percaya dan yakin dengan matlamat kita. Seterusnya bertindak dengan bijak untuk merealisasikan matlamat tersebut. Keyakinan tu jugak bergantung pada doa dan tawakal lah pada Allah. Perancangan yang hebat, matlamat yang jelas, tindakan yang bijak dan disusuli tawakal akan membuahkan hasil. Insya-Allah. 


Aku sendiri harap aku dapat realisasikan azam tahun 2012 ni serta tak mudah mengalah. Segala cabaran adalah untuk kekuatan dalaman . Semua orang ada kekuatan tersendiri dalam dirinya. Salam tahun baru! Semoga kita semua diberikan rezeki dan dipanjangkan usia! Amin. 



p/s: Ingatkan diri aku jugak. Nanti ada orang kata, aku selalu keluar entry mengutuk je! Heheh

T-ARA Lovey Dovey

T-ara has released a few concept photos of their zombie version of their “Lovey Dovey”

“Lovey Dovey” will feature five music video installments, each with a specific theme. The zombie concept unveiled today goes with the third ‘Zombie’ themed music video. The other versions include themes such as ‘Tokyo’ and ‘Drama’.

The song is produced by Shinsadong Tiger and Choi Kyu Sung and features an electronic sound. The single will be released on January 2nd, along with the first version of the MV, which will be the drama version. The various versions will follow after with the final version being released on January 10th.




T-ARA Lovey Dovey Poster




Wonder Girls’ Yubin photoshoot for Singles Magazine

The latest pictorial from ‘Singles‘ magazine is making jaw drops, thanks to Yubin‘s fierce shots as a blonde vixen.

The rapper for the Wonder Girls brought out her tough-girl persona to portray a femme fatale in a hotel room. Cold, sexy, and alluring.

Yubin looked fierce and sexy as she wore heavy eye make up with blonde hair, and posed in a black bandage dress, long train dress, shoulder top, and furry jacket. To complete the outfits she also wore leather boots, platform shoes and pumps




Full Video Maharaja Lawak Mega Final | Osbon Memang Legend!

As Salam semua



Memang terbaik. Osbon menang!!! Tahniah. Legend lah! Lagi-lagi Abon. Terbaik sangat. Haaa mesti ramai yang menanti videonya kan... Jangan risau, kat sini semua ada....






p/s: Jawa rules! 




Silakan Join!!! "Mini Give Away: TQ Followers" by Blog Hanya Dari Mata

As Salam semua

* entry lekat-boleh-cabut-cabut! Scroll down untuk stalk blog ini* 

Aku nak launch satu Mini Give-Away. Hadiah yang aku nak bagi ni adalah barang yang aku sangat-sangat suka dan sayang. Kalau nak tau, aku sekarang tengah obses dengan Leopard Print. Apa-apa je barang yang leopard printed, di mata aku ia sangat seksi dan menampakkan ke-eksklusif-annya. Seriusly! Ni semua sejak bff aku hadiahkan INI masa awal semester hari tu. Terus aku fanatik bila nampak leopard-printed-thing terus nak beli. Meroyan. Sekarang ni pun, desktop laptop dan handphone aku bubuh leopard-print. Sexxxay siot! Jadi tanpa membuang masa, mari aku introduce hadiah yang bakal pemenang miliki. 


 - 2 X Leopard-Printed Cosmetic Bag 
inspired by ELLE  





- 5 Blog X Blog Review @ Blog HDM





- 1 X Eksklusif Custom Made Satin Shawl
(follow &like FB sponsor)



- 2 Set Hair & Body Care La Source Series
by Crabtree & Evelyn
(follow & like FB sponsor)



Syarat-syaratnya mudah

1. Buat entry tajuk "Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!" & link ke blog HDM
2. Follow blog HDM & letakkan gambar hadiah seksi tu.
3. Tag 2 orang blogger lain yang hot, sexy dan baik serta 'paksa' dia join G.A ni. *kehkehkeh
4. Tinggalkan URL di komen entry ini
5. Doa banyak-banyak, nama anda ada ONG! 

Tarikh tutup : 31 Disember 2011 (Sabtu) , Jam 12.30 tengah malam
Penentuan Pemenang : Tangan bertuah aku *sebab Random.Org selalu tak sayang aku. Jadi tak mau guna!*

Mudah tak? Mudah tak? G.A ni pun bersempena dengan pencapaian blog aku yang mencecah 2000 orang follower pada hari Isnin lepas. Jadi ni adalah sebahagian daripada sesi penghargaan aku pada semua. Walaupun  nilainya kecil jika dibandingkan dengan sokongan yang korang berikan, tapi aku ikhlas untuk menghargai korang. Nanti ada rezeki lagi, aku bagi lagi hadiah yang lebih menarik! Janji!!! 

Jadi, jangan lambat-lambat untuk join ye. Aku harap ada yang sudi untuk join. Sebab kalau kurang dari 30 orang, aku fikir nak batalkan lah G.A ni. Tak meriah! So, cepat promote kat blog korang untuk join Mini G.A ni! Selamat Mencuba & Semoga Sukses! Happy Blogging ye.... 


p/s: Nangis sebab cosmetic bag tu sangat meragut jiwa aku!



Jumat, 30 Desember 2011

Jangan Takut Komen Entry Blogger Lain!

As Salam semua



Ada banyak tunjang utama untuk meletakkan sesebuah blog itu bagus dan berkualiti. Yang biasa orang ukur adalah dari segi bilangan followernya. Sebab itu adalah salah satu ukuran yang jelas dilihat terpampang pada blog selain daripada hits dan page view. Sebenarnya ramai di antara kita yang masuk ke blog orang lain hanya membaca entry dan kemudian pergi. Kita takut untuk memberi komen dan pendapat. Lebih-lebih lagi kalau blogger tersebut adalah blogger hebat letap letup. Kita akan rasa kerdil dan persepsi kita adalah "Alaa...mesti dia tak pandang komen aku ni!"  Tahukah korang, komen pada entry ada banyak kebaikannya?

1. MEMBERIKAN PENDAPAT
- Dah nama pun komen kan, semestinyalah pendapat korang yang dilontarkan. Bila kita habis baca sesuatu entry, mesti punya ada pandangan kita sendiri. Macam mana kita menerima entry tu. Adakah positif atau negatif atau biasa je. But for sure, mesti ada yang terlintas kat kepala kita. Betul tak? Jadi apa kata, luahkannya supaya dapat share sama-sama.

2. BERKONGSI PENGALAMAN
-Kadang-kadang entry yang blogger tu tulis sama macam yang pernah kita lalui. Haa jadi inilah masanya untuk sama-sama share pengalaman korang. Mana tahu, pengalaman korang dapat membantu si blogger dan memberi idea kepadanya. Kata orang, pengalaman itu kan guru dalam hidup!

3. GET NOTICED
- Salah satu cara nak mendapat perhatian adalah melalui komen tau. Lagi-lagi kalau komen-komen yang membina macam INI, lagi tuan blog akan bagi perhatian. 

4. BERMESRA
- Ramai blogger sependapat dengan perkara ni, dari berbalas-balas komen lahirlah kemesraan. Bila dah mesra, mesti kita boleh jadi kawan baik dalam alam maya. Kalau tak percaya, kau boleh baca entry aku yang INI dan INI. Jangan takut, cuba je letak komen kat entry-entry mereka. Insya-Allah mereka mudah mesra.  

5. RASA DIHARGAI
- Kau tau tak macam mana perasaan penulis entry bila lihat ada komen yang dilemparkan pada hasil entry nya? Bangga sangat wei! Siries. Kalau aku lah, aku gembira baca komen berderet-deret apatah lagi kalau satu entry beratus yang bagi respon. Gembira sebab entry kita berjaya disampaikan pada orang lain. Haa tu lah seronoknya! Bangga. Tapi aku belum pernah lagi dapat komen ribu riban cam FL, Irine Nadia, Cik Epal, Yuyu mahupun Nisa Kay. 

6. SUMBER TRAFIK 
- Betul. Lagi-lagi kalau komen korang tu mendapat perhatian dan sangat bernas, silap-silap tuan blog buat entry khas lagi untuk korang sebagai tanda penghargaan. Haaa kan dapat trafik dari situ. Untung..untung..


Sebenarnya aku tak nafikan, memang ada blogger yang pilih bulu. Hanya melayan komen blogger-blogger yang sama taraf dengan dia je, tapi korang jangan lah give up. Ada jugak pendapat yang kata, setiap komen perlu dibalas, well itu terpulang pada tuan blogger. As long as dia publish, thats mean komen tersebut telah dibacanya dan dia acknowledge dengan kewujudan si pengomen. Kalau aku kan, aku akan terjah blog komentator aku tu. Haaa... barulah seronok kunjung mengunjungi sekali! 



p/s: Mulai hari ni, aku pun nak rajinkan diri komen-komen!

2011 Singer Awards : Super Junior Top Artist Most Album Sold


Kpop group, Super Junior set a new record, becoming the top artist to sell the most albums over the past 3 years.

The ‘2011 Singer Awards‘ reflects the artists that sold the most albums according to sales data from Hanteo, and Super Junior sold 355,900 albums between January 1st, 2011 and December 27th, 2011.

Super Junior’s full length album ‘Mr.Simple‘ was a big factor that contributed to their impressive sales numbers. ‘Mr Simple’ Type A alone sold 199,300 copies while Type B sold 53,500 copies and their repackaged album sold 73,900 copies. All together, their fifth album alone sold 326,800 units. Behind Super Junior was TVXQ who sold 230,000 units and Girls’ Generation who sold 226,700 units.

Mudah Melenting Bila Ditegur? Janganlah Begitu!

As Salam semua



Biasalah tu, kalau tak iya-iya memang ramai orang melenting bila ditegur. Memang susah untuk kita bukakan hati dan lapangkan dada bila mana kita ditegur. Lagi tambah dasyat kalau orang yang menegur tu mulut makan cili api sekilo. *aku tak tahan pedas*  Bertambahlah tak dapat terimanya tu. Tapi, rileks. Jangan cepat naik angin. Rasional sikit.


Bila orang menegur kita, itu tandanya orang sedar akan kewujudan kita. Orang memerhati kita dan yang paling penting orang sayang dekat kita. Supaya kita tak lalai dan terus melakukan kesalahan. Umur muda adalah waktu terbaik untuk dibentuk. Bukannya memberontak dan marah tak tentu pasal. Iyer, kadang-kadang orang tua pun bukannya betul sangat. Tapi sedarkah korang, wahai orang muda kenapa orang tua membebel menegur itu dan ini? Sebab orang tua tak nak kesalahan atau kealpaan yang mereka lakukan dulu berulang lagi. Mereka dah lalui zaman anda tu... sebab tu mereka dah tau selok belok, pahit maung zaman muda hari ni. Kelak korang jugak yang rugi... 

Aku sendiri menegur dengan cara yang aku rasakan cukup tapisannya. Bukan senang-senang aku nak publish satu entry tu. Fikir baik buruknya. Kesannya pada orang lain. Persepsi dan penerimaan orang lain. Maklumlah, penerimaan kita terhadap satu-satu benda berkait rapat dengan cara dan suasana kita dibesarkan. Namun, manusia mana yang sempurna. Kita tetap memerlukan pandangan, kritikan dan sokongan orang lain untuk menjadikan diri kita at-least-perfect! Malahan untuk pengetahuan kawan-kawan blogger yang lain, entry-entry aku semuanya bersifat fair comment. Iaitu tak menuju spesifik pada mana-mana individu. Aku lebih suka talk it as generally. 

Aku dulu pun susah bila orang kritik kita macam-macam. Tapi time by time, kita akan realize yang apa yang ditegur dulu tu betul. Banyak kebaikkannya bila orang tegur kita. Bukannya orang tu tegur saja-saja kasi sakit hati kau, tapi menegur sebab nak kau jadi manusia. Jadi, rasionalkan diri anda bila ditegur. Mana yang kau boleh terima, kau ambil. Mana yang kau tak suka, kau buang je lah. Yang penting, jadikan diri kita berkualiti luar dan dalam. Baru boleh maju! Maaf lah ye kalau ada yang berkecil hati...


Tambahan: Baca entry balasan DISINI. *Still wondering, entry aku mana satu yang ada bahasa kasar melampau ye sampai Eija takut terpengaruh... hmmm....


p/s: Khas buat adik manis Eija Terima kasih sebab selalu singgah Blog Hanya Dari Mata dan letak link saya di blog anda dan ENTRY INI. Thanks. 

Macam Gampang! Apa Tu?

As Salam semua

Kau orang pernah dengar tak orang cakap...

"Ko niey cam GAMPANG, dowh!"

Kau orang nak tahu tak, sampai sekarang ni aku memang tak tahu maksud MACAM GAMPANG tu. Adakah dia bermaksud yang baik atau tak baik? Sumpah, aku tak tahu! Bukan sebab bodoh. Tapi aku memelihara bahasa aku. Aku sayang bahasa aku. Tak payah nak tunjuk macho sangatlah kalau guna bahasa yang entah-apa-apa tu. Buat sakit telinga orang lain je mendengarnya. Kau tau tak bahasa itu cerminan bangsa? Jadi dengan bahasa kau yang macam tu, aku tak tahu kau bangsa apa. 

Kesian budak sekarang. Muka lawa, tapi takde bahasa! Haish....rugi je cikgu-cikgu mengajar bahasa Melayu dulu. Sedih Pendita Za'ba kalau tengok bahasa anak muda hari ni. Langsung hilang sifat hormat, sifat kemelayuannya apatah lagi. Sibuk meniru bahasa orang lain. Mengagungkan bahasa asing. Takde identiti langsung lah dan aku rasa bahasa kau tu tak cool pun... 


P/s: Aku nak suruh Kementerian Pelajaran wajibkan semua student BM dapat A!





EXO Kpop Group Photos

Riding on the high levels of anticipation for EXO‘s debut, SM Entertainment has just released a set of photos featuring the four revealed members of the group!

Released on EXO-M‘s official Facebook page, five photos feature KAI, LU HAN, TAO and CHEN relaxing indoors. Dressed comfortably, the four young men lounge casually while perusing a magazine together on a bed.

As earlier reported, these four members will make their live debut at this year’s ‘SBS Gayo Daejun’ on December 29th. Until then, enjoy the photos below!







Perempuan Jenis Apakah Kau Ini?

As Salam semua

Betul pepatah Melayu, "rambut sama hitam, hati lain-lain". Memang susah nak diduga hati orang. Didepan mulutnya manis sekali. Melihat matanya penuh simpati seolah-olah memahami apa yang dihadapi, tapi nun jauh di dalam hatinya penuh benci. Penuh dengan iri hati. Aku tak faham kenapa di dunia wujud orang yang macam ni. Orang yang berani menabur pasir dalam periuk nasi orang lain demi kepentingan diri. 

Layakkah orang sebegini digelar manusia? Bertambah pelik bila pelaku-pelaku yang sebegini adalah seorang perempuan. Bukan ke sepatutnya perempuan itu seorang yang mudah memahami. Melihat kesusahan orang dengan empati. Tapi dia... mencucuk jarum dan duri. Sabarlah wahai hati.... 

Aku kena kuat. Kalau aku lemah, semua orang akan lemah. Ini dugaan keluarga aku. Mungkin kau belum pernah merasainya. Tapi salah ke kalau kau cuba memahami apa yang kami alami? Janganlah pura-pura memberi belas ihsan tetapi kau lah sebenarnya orang yang penuh dengan racun. Meracuni minda dan  hati orang lain supaya mereka juga berkurang sifat belas ihsan itu pada keluarga aku. Iri hati kau tu membunuh aku dan keluarga aku! Kenapa perlu kau bertindak macam tu? Apa yang kau cemburu sangat dengan keluarga aku? Jadilah manusia yang berani, kita bertemu. Bukan main kotor cara orang penakut macam tu! Walaupun aku anak perempuan, tapi aku sanggup buat apa sahaja demi mempertahankan keluarga aku! Kau belum kenal kot siapa aku... Oh lupa, kau kan pengecut. Tak seberani aku menempuh dugaan hidup! 

Tak apalah, aku cuma mendoakan keluarga kau sihat walafiat, dilimpahkan rezeki dan dijauhkan dari segala kesukaran. Biarlah keluarga aku yang tanggung semua ni. Biarlah kami yang mengerti. Kerana kami adalah insan yang terpilih untuk dinaikkan darjatnya disisi Illahi. Aku tak perlukan simpati pura-pura dari kau. Aku percaya, hikmah Allah itu pasti...terima kasih sebab 'simpati' kau tu wahai perempuan talam dua muka! 



p/s: menangis dalam hati...






Kamis, 29 Desember 2011

Ciri-Ciri Lelaki Dambaan Wanita

As Salam semua

Aku bukanlah doktor cinta yang selayaknya berbicara pasal cinta. Tapi aku tulis entry ni guna akal yang waras dan kebiasaan yang kita dengar daripada mulut gadis-gadis. Well, aku rasa minat semua orang lebih kurang sama je. Basic thing mesti ada kan? Jadi, guys cuba tengok ni apakah ciri-ciri lelaki dambaan wanita! Fuh...Fuh...



1. TINGGI
- Kalau korang tanya dengan semua perempuan, dia mesti nak lelaki yang lebih tinggi daripada diri dia. Barulah dia rasa dilindungi. Lelaki tinggi itu selalunya digambarkan sebagai seorang yang tegap dan mampu memberi tempat perlindungan yang baik. Ini kredit ni untuk lelaki yang tinggi. Kira peluang cerah lah. Tapi macam mana pulak dengan lelaki yang rendah? Peluang dorag amacam? Don't worry! Mak aku kata, kalau suami lebih rendah dari isteri, maksudnya murah rezeki. Haaa, jadi lelaki yang rendah apa kata korang guna alasan tu untuk memikat gadis yang lebih tinggi dari korang. Hehehe.

2. TIDAK MEROKOK
- Rugilah lelaki merokok! Lelaki selalu kata merokok tu cool. Boleh pikat hati wanita, but the real situation it is not! Kalau korang perasan, bila seseorang wanita menjalin hubungan dengan lelaki, soalan pertama yang basic dia akan tanya "Are you smoking?". Jawapan biasa lelaki, "Yes, tapi sekarang I dah mula kurangkan!". Betul tak? Dan mulalah perjanjian dibuat. Tapi sampai kahwin pun tak stop smoking. So, kenapa masih terus merokok lelaki? Stop it now. Korang lagi nampak cool dan kacak tanpa rokok tu tau! Gunakan kekacakan semulajadi anda!

3. PANDAI MEMUJUK
- Perempuan memang selalu merajuk. Tapi kalau merajuk lebih-lebih, aku pun menyampah! Perempuan biasanya mesti nak cari lelaki yang pandai memujuk. Bukan pujuk gila-gila pun. Cukuplah dengan kata-kata romantis dan berlembut sikit. Bukan api dibalas api. Dalam pada pandai memujuk tu, sifat romantis kena ada sekali. Barulah cair hati perempuan tu! Ewah. 

4. ADA MASA UNTUK DILUANGKAN BERSAMA
- Perempuan suka lelaki yang berkerjaya. Sebab kerjaya yang bagus, sumber kewangan yang baik. *hehe* Tapi, perempuan tetap nak lelaki yang pandai bahagikan masa antara peribadi dan kerja. Tak kan lah setiap minggu tu perempuan je yang terhegeh-hegeh tanya "Bila awak free?". Sekali-sekala apa kata lelaki yang ajak keluar. Tanya soalan tu pada perempuan pulak. Barulah perempuan tu rasa diri dia penting dalam hidup si lelaki. 

5. KEMAS
- Sapa je lah nak lelaki yang serabai plus yang berbau badan busuk. Memang tak lah. Lelaki perlu sentiasa kemas barulah kelihatan kacak. Pakai perfume, rambut terurus, bulu-bulu muka pun mesti diurus jugak. Kulit  bersih, halus mulus. Lagi smart kalau kerja-kerja korang jugak kemas. Lagi cepat perempuan tu cair. 

6. KACAK ITU BONUS
- Perempuan takdelah memilih sangat sebenarnya. Kalau korang perasan, ramai je perempuan-perempuan cantik dapat lelaki yang muka biasa-biasa je. Tapi kenapa? Sebab pada diri perempuan, kacak itu bonus bukan semestinya. Yang penting kena ada karisma sebagai bakal suami yang baik. Barulah dia rasa terjamin hidup dengan lelaki tu. Another part kan, perempuan suka dengan lelaki yang ada mata dan bibir yang seksi. Ouch! *ini fakta, bukan aku yang cakap ye*

7. BUKAN PEMARAH & PENGONGKONG
- Pemarah memang paling perempuan tak suka. Apatah lagi yang suka mengongkong kehidupan perempuan. Ada lelaki yang jenis semua benda nak kena report kat dia. Sampaikan masa bersama kawan-kawan pun dia sibuk nak amik tahu. Perempuan rimas dengan cara macam ni. Jadi, lelaki buatlah macam main layang-layang. Lepas-lepas, kemudian slow-slow tarik. Get it loose sayang! 


Wah. Pandai je aku list downkan kriteria ni. Sebenarnya, apa pun yang diidamkan, it start from ourself. Hati kita kena baik dan ikhlas menerima seseorang tu dalam hidup kita. Kata orang kalau dah suka, busuk pun wangi. Ini cuma sebahagian daripada perahan otak aku je. Kalau nak tambah boleh. No hal. This is just a basis thing. So, good luck guys!

p/s: Aku rambang mata nak letak gambar lelaki hensem. Ouch!

Park Min Young Photoshoot for Singles (January 2012)

Photos of actress Park Min Young were recently revealed for the January of issue ‘Singles’ magazine where she was able to draw out her chic charms with her enchanting gaze and beautiful back. In one particular photo, Park Min Young is showing off her slim figure as she is laying across a couch and making a sexy pose.

On top of her poses, Park Min Young also displayed dark, smoky make-up for the photoshoot, further drawing out her beauty.
Park Min Young’s current drama ‘Man of Honor‘ aired its final two episodes (23, 24) on December 28th.

Photos Park Min Young Photoshoot for Singles (issue January 2012)


Norton Power Eraser 2.5.0.26 Beta (Antivirus)



Norton Power Eraser is a powerful removal tool that may help you clean up certain types of difficult to remove security risks. If a program has hijacked your computer and you are having difficulty detecting or removing it, Norton Power Eraser may be able to clean your computer.

Norton Power Eraser includes detection and removal capabilities for security risks that impersonate legitimate applications (for example, fake antivirus software), known as "scareware", "rogueware" or "scamware". The tool uses more aggressive techniques than your Norton security product, hence there is a risk that it will flag legitimate programs for removal.

You should carefully review the scan results page before removing any files.

Download :  Norton Power Eraser 2.5.0.26 Beta

Rabu, 28 Desember 2011

Winners 2011 Bugs Music Awards (Korean Music)

Bugs, one of the most popular music sites in Korea, has just released their results for the ’2011 Bugs Music Awards’.Fans were able to start voting on December 8th and had up til December 22nd to submit their votes. Bugs calculated the votes into the overall scoring system (downloads + streaming) to determine the winners for this year, and has just revealed the results!

‘Netizens’ Popularity Award’
1 – Super Junior
2 – Girls’ Generation
3 – Huh Gak

‘Best Rookie’
1 – Dal Shabet
2 – A Pink
3 – Jang Jae In

‘Best Male Group’
1 – Super Junior
2 – B2ST
3 – Big Bang

‘Best Female Group’
1 – Girls’ Generation
2 – T-ara
3 – 2NE1

‘Best Solo Artist’
1 – Huh Gak
2 – Kim Bum Soo
3 – Kim Yeon Woo

‘Best Overseas Musicians’
1 – Maroon 5
2 – Lady Gaga
3 – Britney Spears

‘Ballad of the Year’
1 – Huh Gak – “Hello”
2 – IU – “The Story Only I Didn’t Know”
3 – Davichi – “Don’t Say Goodbye”

‘Hip Hop/R&B Song of the Year’
1 – Leessang – “Turned Off The TV”
2 – Park Jung Hyun – “I Wish Now It Would Be”
3 – Wheesung – “Words That Freeze My Heart”

Rock Song of the Year:
1 – CNBLUE – “Intuition”
2 – Kim Kyung Ho – “Between Love and Friendship”
3 – Boohwal – “Secret”

‘O.S.T. of the Year’
1 – Im Jae Bum – “Love”
2 – Baek Ji Young – “I Love You Even Today”
3 – Hyun Bin – “That Man”

‘Music Video of the Year’
1 – f(x) – “Pinocchio (Danger)”
2 – TVXQ – “Keep Your Head Down”
3 – SECRET – “Shy Boy”

‘Tap Sonic Best Play’
– Girls’ Generation – “Gee”
- Yolanda Be Cool & DCUP – “We No Speak Americano”
- Noh Hong Chul & Psy – “Shake It”
- Psy – “Right Now”
- Walter Klien – “Mozart, Turkish March”

Perangai Seorang Blogger Tegar

As Salam semua

Apa korang rasa bila hidup sebagai seorang blogger ni? Happy? Penat? Menakutkan? atau biasa-biasa je. Dunia blog hari ni memang membangun dengan pantasnya. Ramai yang dah ada blog. Meluah perasaan, berkongsi cerita suka, duka semua dalam blog. Kat sini aku nak list down beberapa kriteria atau perlakuan biasa seorang blogger tegar. 


1. TIME MAKAN
- Kau akan jadi orang paling lambat makan. Sebab utamanya, kau nak snap dulu makanan yang terhidang tu. Tak kisahlah kat rumah atau kat kedai. Apatah lagi kalau makanan tu memang special. Kau mesti amek gambar makanan tu dari setiap sudut. Yang lagi dasyat, bukan makanan kau je, makanan kawan atau ahli keluarga kau sekali disnapnya. Nak masuk blog katanya! 

2. KELUAR JALAN-JALAN
- Kau mesti dah siapkan segala perkakasan untuk entry di blog. Kau charged handphone, digital camera semua supaya tak kong bateri. Kalau nak travel lama sikit tu, brodband dipastikan dah bayar, laptop dibawa, charger semualah. Kiranya kalau ada masa terluang memang kau akan update blog dulu. 

3. APPEARANCE
- Kau dah jadi macam public figure. Lagi-lagi yang memang blogger retis tu kan. Kau kena pakai elok-elok. Makeup cantik-cantik. Lagi-lagi kalau kau pergi shopping complex. Kau memang tak boleh pakai selekeh-selekeh. Yerlah, bila kau jumpa blogger lain for sure lah dorang nak amek gambar dengan kau. Kau kan blogger femes. So, tak kan nak muka serabai masuk blog. Ye dak? 

4. BF/GF/KAWAN-KAWAN
- Yes, bf atau gf korang serta orang yang rapat dengan kau turut mendapat tempias publisiti. Malahan, secara tak sedar korang akan mempengaruhi mereka untuk sentiasa berpakaian cantik dan kemas. Sebabnya, segala aktiviti korang dan mereka akan direkodkan dalam blog. 

5. TENGOK BLOG DULU BARU FACEBOOK
- Korang memang dipanggil blogger tegar bila mana korang akan check atau jenguk blog dulu barulah beralih kepada facebook. Sehari tak bukak blog rasa tak complete je hidup! Fuh....kritikal ni. Aku sendiri macam tu sebenarnya. Blog sentiasa memanggil-manggil aku! Cewah...

6. PEKA DENGAN SEKELILING
- Habit baru korang ialah pantang nampak benda yang pelik sikit ke, atau yang lain macam sikit ke, mesti korang nak ambik gambar dan masukkan dalam blog. Korang akan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling korang sebab manalah tahu dari situ boleh menjana idea untuk blog kan? 


Heheh. Kelakar jugak kadang-kadang bila jadi blogger ni. Korang ada macam tu tak? Semua benda kita nak masukkan dalam blog kalau boleh. Tapi sebenarnya memang seronok pun dunia blog ni. Dunia yang membolehkan korang berinteraksi secara mesra dengan orang lain walaupun orang tu tak pernah korang jumpa. Pada aku tak salah semua tu, asalkan kita tahu batasan dalam berblog dan batasan dunia maya ni. Pandai-pandailah bahagikan masa antara real life dengan virtual life. Ada masa kita kena jadi 'manusia sebenar'.  Selamat berbloging semua! 


p/s: Senyum sendiri je...

Kalau Tak Mampu Nak Makan Tutti Frutti, Yoghurtlicious Pun Ok!

As Salam semua

Kalau kau pernah baca entry ini dan ini, aku rasa korang mesti dapat faham perasaan aku. Mana taknya, selamba ajer cikgu tu menayang kan. Sungguh aku geram menahan nafsu. Walaupun TF ada dekat je dengan kawasan UM, tapi memandangkan poket kelihatan semakin menipis, makan telan liur sahajalah bila mana CPB post entry-entry menayang dia tu. Kata orang, kalau betul-betul nak sesuatu kenalah usaha. Jadi, aku pun cari alternatif untuk merasa jugak keenakan dan kelazatan serta kemanisan pencuci mulut alaf baru ni. Akhirnya jumpalah dengan Yogurtlicious! Yippie! 



Aku tak boleh nak comparelah kesedapannya dengan TF sebab aku memang tak pernah rasa TF. *ada sapa-sapa nak belanja?* Tapi kalau compare harga, aku rasa YL memang akan menang. Big size cup dia hanya RM 9 sahaja complete dengan 2 jenis buah, 2 jenis flavour dan tambahan satu topping hanya RM 0.60. Murahkan. Dia tak kira pakai gram. Itu yang seronok tu. Sebab kalau ikut berat, kita amek takut-takut. Melainkan, memang kau dah spent RM 50 semata-mata nak makan benda kiut miut tu. Untuk flavour pulak, ada 4 jenis. Originial- masam, Almond Honey *masa aku pergi dah sold out, mesti sedap ni*, Chocolate Lava dan Strawberry Love. Nak tengok mana aku punya pilihan? 


Penuh tak? Kalau kat TF berapa agaknya ye?
Aku amek topping waffle love tu. Hanya RM 0.60
 dan flavour Chocolate Lava + Strawberry Love
Buah pulak- Kiwi + Sea Coconut yang sangat manis. Peghhh!~~~
Kat YL jugak ada Smoothie. Pun sama, sedap yang amat. Harga juga berpatutan lah. Smoothie adalah yogurt  yang diblend bersama buah fresh! Rasa manis-masam dicampur. Dan kalau kau nak topping sekali pun boleh. Memang tak rugi. Sebab cup yang besar hanya RM 7 sahaja. Buah tu dalam portion yang banyak ye!

tu Smoothie Strawberry Watermelon! Fresh up~ 
Rasanya ok lah kan kalau setakat nak lepak-lepak chill out sambil makan benda ni. Sejuk je tekak rasanya. Nyaman sampai ke usus. Manis pun tak manis sangat, masam pun boleh tahan. Last but not least, nah ini gambar keriangan sambil berposing gumbira bersempena hari orang kaya katanya! Hahaha. 

tenten
seysey
Tambahan, YL ni aku jumpa kat Kluang. Berhadapan Kluang Parade. Orang KL, tak tau pulak kat mana nak jumpa YL ni. Kalau korang jumpa, bagitau ye.


p/s:  Sebenarnya buat sendiri pun boleh. Beli yogurt, beli buah fresh! Yummy~






EXO's second member Lu Han (K-Pop)

SM Entertainment has introduced the second member Lu Han of their upcoming boy group EXO. The agency followed it up with more teaser photos of the new member boosting up anticipations.

The 21-year-old possesses strong vocals and dancing skills as well as great looks. Giving off a different aura than Kai, Lu Han appears with a "flower boy" looks with lighter skin and curly hair.

The much-anticipated group EXO will split into two teams, EXO-K and EXO-M. Their name "EXO" is taken from "EXOPLANET", which is used to express themselves as a star from another planet, while "K" and "M" stand for Korean and Mandarin respectively. The group is expected to make their debuts in Korea and China with the same song on the same day.

Lu Han Photos








The Best New Girl Group of 2011 : Dal Shabet



Dal Shabet was chosen as the ‘Best New Girl Group’ of 2011.An online community board polled 3,401 users with the question, “Who was the best new female singer(s) of the year 2011?” In the end, Dal Shabet received the most votes.

Their agency stated, “The reason Dal Shabet received the most votes was because in this year of many girl group debuts, these girls were the most successful and received the most love from the people.”

Since 2NE1 received this award in 2009, followed by miss A in 2010, expectations for Dal Shabet have skyrocketed

Selasa, 27 Desember 2011

Daripada Makan-Tidur-Makan-Tidur, Baik Kau Kerja!

As Salam semua

Haaa dengar sini mari-mari adik, akak. Aku ada berita sikit nak khabarkan kat semua. Bukan iklan berbayar, tapi kawan-kawan punya pasal, no hal lah. Ada sesiapa yang mencari pekerjaan? Maklumlah hari ni semua orang pakai duit! Kebetulan pulak, budak-budak sekolah lepasan SPM atau STPM pun ramai kan. Bukan tu je,  pelajar IPT pun boleh kalau nak mohon sementara cuti semester tu kan.  Apa kata daripada korang duduk melangok makan-tidur-makan-tidur, korang kerja. Aku nak promote satu jawatan kosong. Bekerja kat butik tau! Butik mana lagi kalau bukan butik KZ NABIHAH




JAWATAN KOSONG

TUKANG JAHIT / PEMOTONG KAIN

FULL TIME/PART TIME(JANUARI 2012)

GAJI: 
RM 350-800 SEBULAN

PENGALAMAN: 
TAK MAHIR TAK APA, TAPI KENA ADA BASIC MENJAHIT

LOKASI: 
BUTIK KZ NABIHAH @ KLUANG JOHOR 

BERMINAT???

HUBUNGI: Cik Bihah - 012 7032370 
atau @ http://www.kznabihah.com/


Haish, pakal je aku ni tak de basic menjahit... kalau tak, memang dah lama aku yang apply. Bagus apa masa cuti-cuti kita bekerja. Selain tambah duit poket sendiri, kita jugak boleh tambah pengalaman. Penting tu. Aku rasa kalau kerja kat butik ni, firstly mestilah pengalaman bisnes yang korang akan dapat. Handle customer, service yang baik dan berkualiti dan yang paling best mesti korang akan belajar macam mana nak jadi fashionable. Kalau ada pulak yang takut atau segan, haish jangan bimbang. Owner butik sangat tolerable ye. Friendly! Gerenti. Kalau dia dera korang, report lawyer meh! Kehkehkeh. 


p/s: Jangan lepaskan peluang menimba pengalaman beharga ni ye! 






TEEN TOP Photo from second mini album January 2012


The boys of TEEN TOP have unveiled a teaser photo from their mini-album jacket for their upcoming second mini album. The teaser photo was posted on TEEN TOP’s official website.

Not only are fans ecstatic for their comeback, they should be more than delighted to see that the members are going with a darker, ‘bad boy’ concept this time around.

TEEN TOP’s 2nd mini album will also be produced by famous hit making producer Brave Brothers, so Angel fans are even more anxious to ring in the new year.

Their video teaser which drops December 29th. Additionally, their second mini album will be released on January 5, 2012

Blog Archive