Mau kamceng sama solat?

Thursday, November 12, 2009


KLINIK SOLAT 2009
Anjuran : Institusi Usrah, Kampus Melaka


Tarikh : 14 November 2009
Hari : Sabtu Ini
Masa : 7.45 Pagi - 4.45 Petang
Yuran: RM 15 untuk seorang (Sangat Murah harganya!)
Yuran Promosi : RM 50 untuk 5 orang yang daftar bersama-sama.
Tempat : CLC 2001

------------------------------------------
Hubungi :
Saudara Atif Fahmi
No. Tel: 012-3175321
Email: atif_cloud_strife@yahoo.com.my

Saudari Norkamilah Mohd. Rosely
No. Tel : 013-6285277
Email : wakafabillahi_wakila@yahoo.com

Atau mana-mana Exco IU.

Untuk pendaftaran: Diminta sertakan
1.Nama
2.Nombor Id
3.No. Telefon
4.E-mail
5.Wang Deposit (RM 5 utk seorang)


Tarikh tutup : 12 November ( Khamis ini).
Tempat adalah terhad.


mohamad,
Imam kecik Melawis 6.

Artikel:Perang Jerusalem Telah Bermula?

Monday, November 2, 2009

aqsaunderattack1

Gaza - Hamas menyatakan pada Ahad lepas (25 Oktober) bahawa perang Jerusalem telah bermula dan sudah tiba masanya untuk setiap orang Islam berganding bahu menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan maruah mereka dengan apa cara sekalipun.

“Kami dalam Gerakan Penentangan Islam Hamas, akan melakukan apa sahaja yang kami termampu untuk menyokong kumpulan yang berjaya yang akan memenangi perang Jerusalem ini dan memfokuskan usaha untuk menggerakkan potensi anggota-anggota kami dan bangsa dan menghalakan ke arah musuh utama mereka, iaitu puak Zionis,” Hamas berkata dalam kenyataannya yang dibaca oleh salah seorang pemimpinnya, Dr Salah Al-Bardawil.

Pergerakan itu juga menekankan yang Israel menyerang Masjid Al-Aqsa hari ini dengan tujuan menguji keazaman dan reaksi masyarakat Palestin and umat Islam dalam rangka untuk membiasakan diri mereka terhadap serangan cubaan itu sebagai satu dari serangan ulangan agar kemarahan umat Islam dan Palestin lenyap supaya ia membolehkan Israel lambat laun menghancurkan masjid suci itu dan melenyapkannya dari peta umat Islam.

Hamas mengatakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dinyatakan dalam Oslo, serta beberapa negara Arab, bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Masjid Al-Aqsa. Hamas juga menyatakan pada masa yang sama perang Jerusalem telah pun termaktub dan kemenangan sudah pasti berpihak kepada orang-orang Palestin dan juga perjuangan mereka.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengatakan cubaan Zionis yang berulang-ulang untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan kepungan yang dilakukan terhadap masjid itu adalah proses terancang untuk mengenakan kekuasaan Yahudi terhadap Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa sebagai tindakan awal untuk membina kuil mereka.

Barhoum berkata kepada pusat media Al-Bayan bahawa serangan ke atas masjid suci umat Islam ini tidak akan berlaku jika Amerika Syarikat tidak memberi kebenaran kepada penjajah Israel untuk melakukan jenayah dan pencabulan dan juga jika PA tidak meneruskan usaha perbincangan yang memangkinkan penceroboh Israel untuk meningkatkan lagi pencabulan terhadap wilayah penduduk Palestin dan tempat-tempat suci.

Bagi pihaknya, Sheikh Hamed Al-Beitawi yang menjadi wakil Hamas dalam badan kehakiman Palestin (PLC), memberi amaran terhadap penjajahan Israel yang berterusan dan pencabulan terhadap Bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa, serta menekankan bahawa Israel membuka pintu neraka kerana mereka berani menyerang Masjid Al-Aqsa.

“Satu setengah billion orang Islam tidak akan memandang sebelah mata apabila Zionis menukar Masjid Al-Aqsa kepada synagogue atau kuil,” tegas Sheikh Betawi.

Penggubal undang-undang itu menyeru menteri-menteri kerajaan PA serta pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam untuk menghentikan segala bentuk hubungan dengan penjajah Israel dan pengurusan keselamatan bersamanya.

Dalam hal yang sama, Dr Aziz Duweik, jurucakap PLC, menyeru umat Islam supaya bangkit dengan segera untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan.

“Sekaranglah masanya untuk umat Islam mengembalikan maruah dan keagungannya kerana mereka tidak harus berpeluk tubuh atau sebaliknya mereka akan ditimpa dengan kehinaan dan kerendahan selama-lamanya,” kata Dr Duweik.

Blok perubahan dan reformasi Hamas dalam sidang media memberi amaran pencabulan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa akan menyemarakkan keadaan rantau itu dan menggesa tindakan segera dilakukan untuk menghalang Israel.

Dr Yahya Moussa, ahli parlimen Hamas, berkata dalam kenyataannya kepada PIC bahawa rakyat Palestin hari ini menghadapi satu lagi jenayah Israel terhadap tanah mereka, dan keagungan sejarah dan warisan Islam mereka.

Jurucakap Hamas di tengah-tengah Gaza, Yousuf Farhat mengatakan bahawa kelemahan kedudukan Arab telah menggalakkan lagi Israel untuk melakukan serangan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa, dan menyeru ulama Islam dan para intelek untuk bersegera beramal dan mengisi tanggungjawab agama dan watan terhadap Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu sidang media di Damsyik, pergerakan Hamas turut menyeru rakyat Palestin dan Arab serta umat Islam di seluruh dunia untuk menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap keganasan yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa.

Sumber: The Palestinian Information Center
Penterjemah: Saudara Muhammad Zul Alwi Mat Adam

Naib Pengerusi PEMBINA Selangor

Taubat Maksiat

Wednesday, October 28, 2009

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Nisa’, 4: 110).

Assalamu'alaikum,

Di sini saya ingin kongsikan lagu yang saya kira baik dari segi liriknya dan muziknya (sebab saya suka muzik begini^^) kepada para pembaca budiman sekalian. Lagu tersebut didendangkan oleh sebuah band dari Indonesia iaitu Wali Band.

Tidak banyak yang saya jumpa band-band tempatan yang ingin memainkan lagu yang menangkap hati pendengar untuk kembali mengingati Allah SWT.

Jadi, 'berlarilah' saya ke seberang untuk mencari lagu sebegini.

Dengarkanlah,

Taubat Maksiat

video

Moga dengan perkongsian ini, bukan hanya menjadi hiburan yang menenangkan, tapi juga menjadi puisi yang mengingatkan.

Peringatan buat diri sendiri sebelum orang lain.


mohamad,

No 6, Melawis 3 Street,
Bear Hill, Malacca.

Damai Yang Hilang

Thursday, October 22, 2009

Gambar hiasan

Kehilangan itu,

Salahku, bukan salah siap-siapa.


mohamad.

Berlayarlah Dengan Tenang

Tuesday, October 20, 2009

Berlayar di lautan
Sememangnya sukar
Bila datang ombak dan badai
Bergoncang jiwa dan ketenangan

Pelayaran mesti dengan bekalan
Baru senang berlayar dilautan
Ombak dan badai pun ditempuh dengan tenang
Tiada yang tenggelam, tiada yang karam
Akhirnya, selamat tiba di destinasi akhir yang diimpikan.

Berlayarlah dengan tenang


mohamad
.

Dari Bola Sepak Ke Nasi Lemak

Sunday, October 18, 2009

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah Alladzi Ahyana Ba'dama Amatana Wa Ilaihinnusyur

Sesudah bersolat subuh, seperti biasa saya akan menunggu waktu untuk ke padang bagi menunaikan hak ke atas badan yang agak lama tertunggak. Maklumlah, riadhah hanya pada hujung minggu.

Setiba di padang bola sepak UKM, permainan masih belum bermula. Tak seperti minggu lepas, permainan bermula awal dan sudah ramai yang hadir. Walaubagaimanapun, permainan dimulakan juga akhirnya yang dimulai dengan sesi regangan dan panas badan yang sangat memenatkan.

Setelah selesai bermain, seperti selalu, tazkirah ringkas mengisi slot bagi memenuhi kekosongan di ruang hati peserta riadhah. Akhi Afizhi Atan memainkan peranan dengan memberi pengisian tentang keuntungan orang yang tidak membuang masa. Menurut tazkirah yang beliau sampaikan, Allah SWT telah bersumpah dengan masa, dan sesungguhnya manusia dalam keadaan kerugian melainkan orang-orang yang beramal soleh, yakni yang mengisi masa dengan perkara-perkara amal soleh.

Seusai tamat sesi riadhah, Ikhwah Darul Ikhwan berkunjung ke rumah bagi memenuhi jemputan saya untuk bersarapan pagi dan sekaligus mengisi baki eidulfitri yang bakal tamat tidak lama lagi. Menunya hanya nasi lemak. Itupun request daripada Akhi Syakur yang rindukan nasi lemak mak saya. Syakur merupakan antara ikhwah atau sahabat yang rapat dengan saya dan mak saya. Kisahnya bermula saat Ikhwah Baitul Junud buat program homestay untuk anak-anak ikhwah, mak saya pula bertindak sebagai tukang masak sarapan pagi untuk mereka. Bermula daripada itu, ukhuwah subur hingga ke hari ini.

Menariknya lagi, saya berkesempatan untuk bertaaruf dengan ikhwah yang sebelum ini tak pernah bertemu. Akhi Meor, Waqar, Hafiz, antara ikhwah yang baru saya kenal dan yang turut hadir ialah Syakur, Afizhi, Hakim dan Husyairi. Berselera sungguh mereka makan. Puas hati saya bila melihat nasi lemak yang disediakan habis. Tak adalah berlaku pembaziran.

Hidup dalamjemaah merupakan advantage buat sesiapa yang bersama jemaah. Dengan jemaah juga kita dapat melebarkan kenalan dan memperbanyakkan ukhuwah sesama saudara Islam. Pendapat saya mengatakan bila kita hidup dalam jemaah, memberikan kita sedikit sebanyak motivasi untuk memperbanyak amal soleh selain daripada sebagai refresher kepada orang yang kadang kala terleka dengan dunia. Maklumlah dunia ini sering dilihat indah walaupun keindahah itu hanya sedikit nak dibandingkan dengan akhirat.

Oleh itu, saya menganjurkan kepada para pembaca budiman, lebarkanlah sayap ukhwah anda dan berkenal-kenalanlah dengan saudara-saudara seakidah dengan kita kerana Allah SWT sangat suka dengan orang yang berkenal-kenalan keranaNya.

O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honourable of you with Allah is that (believer) who has At-Taqwa [i.e. one of the Muttaqun (pious - see V.2:2). Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware.
Al-Hujurat: 13


Saya menasihati diri saya sebelum orang lain. Wallahu a'lam.


mohamad,

Carilah air mengalir,
kerana ia suci lagi menyucikan;
Berbuat baiklah sampai ke akhir,
biar ia jadi bekalan.

"Palestine, tomorrow you'll be free"

Friday, October 16, 2009

Membaca berita tentang isu Palestin di Palestinkini.info membuatkan hati ini sedih dengan nasib saudara-saudara di sana.Mereka diceroboh, rumah-rumah mereka dimusnahkan.Hak mereka ke atas tanah sendiri, masjid sendiri dinafikan.

Tapi janji Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Maksud hadis: Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Illahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

Palestin akan bebas juga suatu hari nanti.Biarlah saya tak mampu ke sana,tapi dengan entri ini akan menjadi saksi bahawa saya pedulikan kesengsaraan mereka.

video

Ayuh!Kita pedulikan nasib mereka!Kita bantu mereka!


"Palestin dibebaskan, Islam diagungkan"

mohamad,
"Generasi harapan"